• Mexico Catat Kes Bunuh Paling Tinggi Mei Lepas

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    MEXICO CITY – Sebanyak 2,186 kes bunuh dilaporkan berlaku di Mexico sepanjang Mei lalu, jumlah kes pembunuhan paling tinggi direkodkan dalam tempoh sebulan sejak tahun 1997.

    Berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan Sistem Keselamatan Awam Kebangsaan (SNSP) negara itu, bilangan kes bunuh itu mengatasi rekod 2,131 kes yang dicatat pada Mei 2011, yang merupakan antara tahun paling berbahaya dalam sejarah negara itu.

    Menurut SNSP yang mengeluarkan laporan bulanan kes jenayah berat di Mexico, sebanyak 9,916 kes pembunuhan direkodkan dari Januari hingga Mei lalu, iaitu peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

    SNSP merekodkan statistik kes jenayah berat yang berlaku di 32 negeri di Mexico secara sistematik sejak 1997.

    Perkembangan terbaharu ini tentu sekali menggusarkan kerajaan negara itu yang mungkin perlu merangka semula strategi mereka dalam memerangi jenayah terancang walaupun jumlah kes telah mula menampakkan penurunan sejak 2013. – BERNAMA-NNN-XINHUA

    Subjects:

  • No Comment to " Mexico Catat Kes Bunuh Paling Tinggi Mei Lepas "