• Menteri Tidur Di Kerusi Lapangan Terbang NY Dapat Pujian

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    JAKARTA - Seorang menteri Indonesia yang tidur di lapangan terbang Amerika Syarikat mendapat pujian ramai setelah fotonya tersebar meluas semalam.

    Susi Pudjiastuti, menteri matirim dan perikanan, berbaring di kerusi ruang kenamaan lapangan terbang John F Kennedy di New York, lapor Jakarta Post.

    Foto menteri wanita yang tegas itu menular di Facebook apabila dimuatkan pengguna Jim B Aditya. Ia mendapat lebih 3,300 kongsian dan 21,000 tanda suka.

    Susi sehari sebelumnya menghadiri persidangan maritim di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Di persidangan ini, pelakon terkenal Leonardo DiCaprio memuji sikap beliau yang tegas mengawal kegiatan perikanan haram.

    Namun Susi bukan satu-satunya anggota kabinet Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang tidur di tempat awam. Sebelum ini dua menteri beliau berbuat yang sama.

    Menurut portal Tempo semalam, Menteri Tenaga Kerja Muhammad Hanif Dhakiri tertidur di lapangan terbang Surabaya seperti foto yang menular awal bulan ini.

    Beliau, yang berjaket putih dan berseluar jeans, dinyatakan tidur dengan sebuah buku kegemarannya di lapangan terbang antarabangsa Juanda.

    Beberapa tahun lalu, Menteri Tenaga Ignasius Jonan juga dikatakan terpaksa tidur di atas kereta api ketika memantau saat orang ramai sibuk pulang berhari raya.

    Waktu itu, Ogos 2014, beliau masih memegang jawatan pengarah syarikat pengangkutan awam PT Kereta Api Indonesia, lapor portal itu lagi.

    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/menteri-tidur-di-kerusi-lapangan-terbang-ny-dapat-pujian#sthash.DlW75IlK.dpuf

    Subjects:

  • No Comment to " Menteri Tidur Di Kerusi Lapangan Terbang NY Dapat Pujian "