• Menantu Curang Sembunyi Kekasih Bawah Katil

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    SEORANG wanita telah ‘ditangkap’ berlaku curang oleh ibu mertuanya yang berjaya mengesan kekasihnya yang bersembunyi di bawah katil.

    Wanita yang dikenali sebagai Mayra dan berasal dari Colombia itu tidak menyangka bahawa ibu mertua dan keluarga suaminya akan menyerbu ke rumahnya ketika dia sedang bermesra dengan kekasihnya itu di atas katil.

    Ketika Mayra yang dalam keadaan terkejut itu cuba bertanya kepada ibu mertuanya kenapa mereka datang ke rumahnya, dia telah ditolak ke tepi. Keluarga suaminya kemudian mula mencari lelaki berkenaan sambil kejadian itu dirakamkan.

    “Mana kau sembunyi dia,’’ tanya ibu mertuanya. Mereka menggeledah setiap bilik di rumah itu dan akhirnya mereka menemui lelaki itu sedang bersembunyi di bawah katil.

    Sebaik sahaja lelaki itu ditemui, dia dan Mayra dihalau keluar dari rumah tersebut.

    “Anak aku tak sepatutnya melalui perkara ini. Sekarang kau boleh pergi dengan dia. Keluar dari rumah ini,’’ kata ibu mertuanya.

    Dia juga memberitahu wanita itu bahawa perkahwinannya dengan anaknya telah berakhir. Video berkenaan kini menjadi tular di Colombia. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Menantu Curang Sembunyi Kekasih Bawah Katil "