• Maut Ditimpa Pokok Ditebang Sendiri

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Seorang lelaki maut ditimpa dahan pokok yang ditebangnya di Kampung Teluk, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, hari ini.

    Dalam kejadian jam 11.15 pagi, mangsa, Saidin Chin, 75, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.22 pagi sebelum menghantar seorang pegawai dan lima anggota bersama dua jentera ke tempat kejadian termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

    "Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki yang ditimpa dahan pokok yang ditebangnya sendiri.

    "Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya.

    Nur Hafizah berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Ditimpa Pokok Ditebang Sendiri "