• Manisan Bentuk Najis Anjing Popular Di Thai

    Published: Saturday, 24 June 2017
    A- A+

    BANGKOK – Mungkin kelihatan menjijikkan anda, tetapi seorang pembuat kuih tidak menang tangan sejak dia mencipta sejenis manisan yang berbentuk dan berwarna seperti najis anjing.

    “Ia sangat pelik kerana tiada orang yang membuat kuih berbentuk najis anjing tetapi ramai pula yang menyukainya,” kata Wilaiwan Mee-Nguen dari dapur kecil di rumahnya di sini.

    Di dapur itu warga Thailand tersebut sibuk menyediakan manisan yang diperbuat daripada santan kelapa, gelatin dan pewarna makanan.

    Pekerja pejabat yang berusia 30 tahun itu, sebenarnya hanya membuat manisan berkenaan untuk dijual pada setiap hujung minggu.

    Beberapa bulan lalu, seorang pelanggan meminta manisan dengan bentuk pelik dan Wilaiwan memutuskan untuk membuat sesuatu yang lebih luar biasa.

    “Kebanyakan pelanggan mahu bentuk bunga tetapi bentuk ini dianggap lucu oleh orang Thai,” katanya.

    Kini manisan berbentuk najis anjing itu menjadi sajian paling popular Wilaiwan dan dia berjaya menjual sekitar seribu bekas sebulan.

    Sejak manisan itu menjadi tular di media sosial, Wilaiwan juga diwawancara beberapa stesen televisyen di Thailand.

    Namun, Wilaiwan mengakui tidak semua orang yang menyukai manisannya itu.

    “Apabila saya memuat naik gambar manisan ini di Facebook ada yang menyukainya dan ada yang tidak,” jelasnya. – AFP/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Manisan Bentuk Najis Anjing Popular Di Thai "