• Mangsa Kebakaran Kampung Bintawa Terima Bantuan TBS

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+


    KUCHING: Kesedihan dialami Dilah bin Bujang, 63, sekeluarga setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi Selasa lalu sedikit terubat dengan sumbangan yang disampaikan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

    Bantuan berupa barangan makanan dan kewangan itu disampaikan Ketua Bahagian Agihan, Moht Shukri bin Samor di kediaman keluarga berkenaan di Kampung Bintawa Hilir di sini.

    Selain Aziz, tiga belas lagi keluarga turut menerima bantuan sama daripada TBS.

    Anak kepada Dilah, Zakaria, 34, berkata, mereka sekeluarga amat bersyukur dengan sumbangan TBS yang sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan mereka sekeluarga.

    "Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan bantuan yang disampaikan. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kami sekeluarga," katanya.

    Dalam insiden yang berlaku sekitar 11.15 pagi selasa lalu, seramai 13 keluarga hilang tempat berteduh selepas enam buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir.

    Pada masa sama, TBS turut menghulurkan bantuan segera dalam bentuk kewangan dan makanan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban di Kampung Bintawa Hilir. - Sarawakiana 
  • No Comment to " Mangsa Kebakaran Kampung Bintawa Terima Bantuan TBS "