• Mangsa Kebakaran Grenfell Tower Meningkat 79

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    LONDON: Tujuh puluh sembilan orang mati atau hilang dan dianggap mati dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah blok kediaman di bandar raya ini minggu lalu, kata polis semalam selepas Britain mengadakan upacara bertafakur selama satu minit bagi memperingati mangsa.

    “Saya dengan rasa sedih ingin memaklumkan, ketika ini, terdapat 79 orang yang kami percaya mati atau hilang dan dianggap mati,” kata komander polis, Stuart Cundy kepada wartawan.

    Kelmarin, polis berkata, 58 orang dipercayai terbunuh dalam kebakaran Grenfell Tower, bangunan kediaman 24 tingkat itu.

    Cundy juga memberitahu, hanya lima mangsa berjaya dikenal pasti setakat ini selepas pegawai memberi amaran kemungkinan untuk mengecam mereka yang mati itu sukar kerana keadaan mayat mereka.

    Menurut Cundy, usaha mencari masih diteruskan di bangunan berkenaan.

    “Saya berjanji kepada keluarga yang terbabit, kami akan melakukan siasatan sepantas mungkin. Kami akan menyiasatnya secara menyeluruh, termasuk dari sudut jenayah,” katanya.

    Dia turut mengingatkan, angka 79 itu boleh berubah.

    Sementara itu, ratusan penduduk kelmarin berhimpun untuk mengadakan upacara khas keagamaan anjuran sebuah masjid tempatan.

    Penduduk Muslim dan bukan muslim berganding untuk memperingati mangsa tragedi yang dianggap kebakaran paling buruk di Britain sejak Perang Dunia Kedua.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Mangsa Kebakaran Grenfell Tower Meningkat 79 "