• Malaysia Rangkul Dua Anugerah Di WSIS

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merangkul dua anugerah pada Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2017 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Jun di Geneva, Switzerland.

    Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

    Dalam kategori kerjasama tempatan dan serantau, CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memenangi anugerah melalui projek Perkongsian Maklumat Analisis Model Ancaman Malware di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

    Sementara itu, bagi kategori aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Sains, Universiti Multimedia Malaysia telah memenangi anugerah melalui projek mengenai pengesanan protein dalam sarung tangan getah.

    Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Mohd Ali Mohamad Nor menzahirkan kebanggaan Malaysia atas kejayaan ini.

    "Kemenangan ini melambangkan pencapaian Malaysia dalam bidang Sains dan Teknologi yang tinggi setara dengan masyarakat negara maju di dunia," katanya yang mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di acara itu.

    WSIS merupakan perhimpunan ICT tahunan terbesar di dunia. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Rangkul Dua Anugerah Di WSIS "