• Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.

    Acara tersebut terpaksa dibatalkan susulan bantahan orang ramai dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.

    Kali ini, satu lagi program yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBT iaitu majlis berbuka puasa membabitkan golongan gay dikatakan terbesar di Malaysia.

    Sebuah blog, Menara.my melaporkan, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.

    Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar.

    Numan yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

    Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempen, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

    Program tersebut turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.


    Sementara itu, menerusi Twitter Pelangi Campaign, badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan hari memperingati pengamal LBGT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.

    Pada posting yang bertarikh 10 Jun itu, Pelangi Campaign turut memuat naik gambar sekitar aktiviti mereka yang dinamakan sebagai “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity’ termasuk mengadakan forum dan tayangan filem.

    Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada program tersebut adalah majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT atau hanya program memperingati mangsa korban di Orlando, Amerika Syarikat. –MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? "