• LHDN Kutip RM45b Cukai Hingga Mei

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    CYBERJAYA: Dalam lima bulan pertama 2017, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah mengutip 35 peratus atau RM45 bilion cukai daripada sasaran keseluruhan tahun ini.

    Pada tahun ini, LHDN menyasarkan kutipan cukai keseluruhan sebanyak RM127 billion. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, berkata bagi suku pertama dan kedua tahun ini, pihaknya sudah mencapai sasaran.

    "Bagi suku ketiga dan keempat nanti, kita jangka dapat mengutip baki cukai ini kerana syarikat besar akan mula membayar cukai. "Kita percaya momentum membayar cukai ini akan terlaksana," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama warga LHDN, di sini.

    Pada majlis yang sama, LHDN turut meraikan anak-anak yatim dari Madrasah Darul Ulum, Rumah Amal Limpahan Kasih, Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Sepang.

    Turut diraikan, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz D Itqan, Maahad Tahfiz Ibnu Abbas, dan Pusat Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab, Sungai Merab. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " LHDN Kutip RM45b Cukai Hingga Mei "