• Lelaki Dicekup Onani, Tonton Porno Dalam Tandas Wanita

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dicekup ketika sedang beronani sambil menonton video lucah di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli belah di sini, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, perbuatan tidak senonoh suspek itu disedari seorang wanita yang terbau asap rokok ketika menggunakan tandas terbabit.

    Menurut pengguna Facebook Irish Aida, dia kemudiannya bertindak mengetuk pintu tandas sebelum terdengar suara seorang lelaki berdehem dari dalam.

    Dalam keadaan kelam kabut itu, dia kemudian meminta pertolongan dari seorang remaja bagi menahan suspek.

    “Mulanya ingat dia tersalah masuk tandas dan takut nak keluar tapi silap, rupa-rupanya dia sedap duduk kat dalam tu sambil tengok video menjijikkan,” tulisnya.

    Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan sudah berada di dalam tandas awam itu lebih daripada tiga jam.

    Difahamkan, suspek pada mulanya dilepaskan kerana kekurangan bukti namun mangsa meminta rakan-rakan lelakinya mencari semula lelaki gila seks itu untuk diserah kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

    Dalam pada itu, Irish turut menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih berwaspada apabila mengunakan tandas awam lebih-lebih lagi ketika berseorangan.

    “Korang kena lebih berhati-hati, terutamanya yang selalu ke bandar seorang diri tu 😫 and girls out there please, pergi toilet sila berteman walaupon toilet office sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Dicekup Onani, Tonton Porno Dalam Tandas Wanita "