• Lelaki Buta Ditemui Bomba Di Kebun Pisang

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    Lelaki buta ditemui selamat selepas hilang dari rumahnya di Simpang 4, Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, semalam.

    Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa, 21, dipercayai keluar tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

    Ahli keluarganya yang cemas kemudiannya menghubungi bomba apabila usaha mencari mangsa bersama penduduk kampung gagal selepas kira-kira sejam.

    Difahamkan, bomba yang kemudiannya melakukan operasi mencari dan menyelamat menemui mangsa di kebun pisang sejauh tiga kilometer (km) dari rumahnya.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting yang juga Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa bergegas ke lokasi kejadian sebelum melakukan operasi mencari dan menyelamat.

    "Selepas hampir dua jam operasi dijalankan, mangsa berjaya ditemui di kebun pisang jam 7.05 petang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

    "Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga sebelum operasi ditamatkan," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Buta Ditemui Bomba Di Kebun Pisang "