• Lelaki Bogel Naik Motor, Panjat Pagar Rumah Ditahan

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    PADAWAN : Seorang lelaki menaiki motosikal dalam keadaan bogel sebelum dikatakan cuba menceroboh sebuah rumah.

    Lelaki itu dikatakan memanjat pagar rumah di Taman Kuching City Mall, Jalan Batu 4 di sini, kira-kira jam 9.30 malam semalam, lapor Utusan Online.

    Bagaimanapun, lelaki berusia 21 tahun itu ditangkap dan dibelasah orang ramai selepas pemilik rumah menghubungi polis.

    “Orang awam kemudian mengikat kaki dan tangan suspek menggunakan tali sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

    Mengesahkan tangkapan, ketua polis daerah Padawan berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

    Supt Aidil Bolhassan berkata suspek berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan. - MalayMail
  • No Comment to " Lelaki Bogel Naik Motor, Panjat Pagar Rumah Ditahan "