• LCCT Air Asia Akan Dibina Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang kini menghampiri kapasiti maksimum bakal menyaksikan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di kawasan berdekatan.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, kerajaan negeri kini sedang dalam proses rundingan bersama Air Asia bagi merealisasikannya.

    "Kita sedang dalam proses berunding bersama Air Asia, tapak tidak jauh tetapi belum disahkan lagi.

    "Ia (LCCT) berhampiran LTAK kerana di situ saja ada kemudahan.

    "Biarlah kita runding dahulu," katanya dipetik Utusan Borneo.

    Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan  kerajaan negeri sedia mempertimbangkan pembinaan LCCT oleh Air Asia.

    Menurutnya, ianya kerana LTAK sudah hampir mencapai kapasiti maksimum lima juta penumpang setahun.

    "Untuk melihat lebih ramai pelancong, kita perlu mempunyai kemudahan dan jika lapangan terbang kita sudak mencapai tahap maksimum, maka kita perlu mengambil kira sesuatu yang lain.

    "Pembinaan ini sekali gus menjadikan Kuching sebagai pintu masuk dan hab serantau Air Asia," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " LCCT Air Asia Akan Dibina Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching "