• Latif Bandi Hadapi 13 Tuduhan Nilai RM17.59 Juta

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi bersama anak lelaki dan seorang perunding hartanah, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta.

    Mereka didakwa atas 21 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

    Abd Latif, 51, menghadapi 13 pertuduhan bernilai RM17.59 juta, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25, didakwa atas empat pertuduhan bernilai RM735,000.

    Perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, turut berdepan empat pertuduhan dengan nilai RM17.45 juta.

    Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

    Abd Latif dan anaknya diwakili barisan lima peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Zulkifli Strok.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Asnawi Abu Hanifah.

    Hakim membenarl kan ikat jamin RM500,000 terhadap Abd Latif, Ahmad Fauzan Yatim (RM200,000) dan Amir Shariffuddin RM400,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

    Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 Julai ini, yang akan didengar bersama kes rasuah terdahulu. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Latif Bandi Hadapi 13 Tuduhan Nilai RM17.59 Juta "