• Laporan Palsu, Jangan Percaya Sarawak Report - Salleh

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+


    Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata portal berita itu hanya bertujuan menyebarkan fitnah untuk menjejaskan reputasi pemimpin negara.

    "Sarawak Report adalah online paper (akhbar dalam talian) yang tujuannya hanya membuat fitnah kepada pemimpin kita. "Oleh demikian rakyat tidak boleh terima bulat-bulat kerana mereka mempunyai motif tertentu untuk jatuhkan kepimpinan negara," katanya

    Salleh diminta mengulas laporan oleh portal berita itu bahawa ketua pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar sejumlah wang menerusi akaun Perdana Menteri yang dikatakan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Menurut Salleh, bekas pengarang portal berita itu Lester Melanyi juga pernah mengakui 90 peratus berita yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan telah diubah suai.

    "Kita sedia maklum ada dokumen-dokumen pada Sarawak Report adalah dokumen yang telah diusik dan kesahihannya dipersoalkan.

    "Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia jangan kelam-kabut menerima laporan-laporan seperti ini kerana semua itu tidak benar sama sekali," katanya. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Laporan Palsu, Jangan Percaya Sarawak Report - Salleh "