• Laporan Banyak Mayat Bergelimpangan Di Marawi

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    MARAWI CITY: Ahli politik Filipina memaklumkan penduduk yang melarikan diri dari Marawi City melihat banyak mayat di kawasan pertempuran sengit di antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas, sejak tiga minggu lalu.

    "Terdapat sekurang-kurangnya 100 mayat bergelimpangan di kawasan pertempuran," kata Zia Alonto Adiong, ahli politik kawasan yang membantu usaha mencari dan menyelamat memetik aduan penduduk.

    Namun, tentera memaklumkan ia tidak boleh mengesahkan laporan itu.

    Tentera sebelum ini berkata, 290 orang terbunuh sejak pertempuran selama tiga minggu termasuk 206 militan, 58 tentera dan 26 penduduk awam. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Laporan Banyak Mayat Bergelimpangan Di Marawi "