• KTM: Kad Komuter Link Percuma Sempena Aidilfitri

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – KTM Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan mengadakan Promosi Raya Kad Komuter Link secara percuma mulai Khamis hingga Sabtu ini.

    Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak berkata mereka yang ingin memiliki kad tersebut hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk nilai simpan yang tersedia di dalam kad tersebut dan kad adalah percuma.

    “Tanpa promosi ini, kad tersebut dijual pada harga RM10 setiap satu. Ini bagi menggalakkan orang ramai, terutamanya mereka yang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter untuk pulang ke kampung tanpa perlu beratur di kaunter tiket dan mesin tiket untuk membeli token.

    “Promosi kad Komuter Link secara percuma ini merupakan salah satu daripada inisiatif pengurusan penumpang pihak pengurusan KTMB bagi menghadapi waktu puncak yang dijangka bermula Khamis hingga Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata penumpang yang menggunakan kad Komuter Link juga boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20 peratus untuk setiap transaksi perjalanan berbanding membeli tiket secara tunai.

    Menurutnya, kad tersebut boleh didapati melalui pasukan bergerak #yourbuddy di Stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan sahaja. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " KTM: Kad Komuter Link Percuma Sempena Aidilfitri "