• KPDNKK Senaraikan 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyenaraikan harga maksimum bagi 21 barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri di seluruh negara tahun ini.

    Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tempoh skim kawalan itu berkuatkuasa selama 14 hari iaitu bermula 17 Jun hingga 30 Jun.

    Katanya, antara barangan terlibat adalah ayam hidup, daging lembu tempatan, bawang merah kecil dan kelapa parut.

    “Harga maksimum ditentukan untuk 151 kawasan yang merangkumi 91 daerah dalam Semenanjung Malaysia, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah dalam Labuan.

    “Para peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri 2017 di sini hari ini. – UTUSAN

    Subjects:

  • No Comment to " KPDNKK Senaraikan 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri "