• Ketat Syarat Kemasukan 'Awang Hitam'

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Kerajaan digesa mengetatkan syarat kemasukan Awang Hitam ke negara ini sebagai langkah membendung pelbagai aktiviti jenayah yang dilakukan mereka kebelakangan ini.

    Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ia ekoran pelbagai isu membabitkan warga Afrika seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram, skim penipuan dan sindiket keldai dadah.

    Katanya sebelum ini PPIM pernah menyuarakan cadangan supaya kerajaan melakukan kajian mengenai tujuan kedatangan mereka ke negara ini.

    "Kita lihat ia bukan isu baru malah di sesetengah kawasan, ada orang tempatan terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan Awang Hitam ini bagi mengelakkan diganggu.

    "Saya juga berharap isu ini dibawa ke kabinet kerana berdasarkan aduan, ada yang memegang pas pelajar, tetapi terbabit dengan isu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Jika tidak dibendung, ia akan memberi lebih banyak masalah," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ketat Syarat Kemasukan 'Awang Hitam' "