• Kes Bunuh Jong-Nam Disebut Di Hadapan Hakim 28 Julai

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kes dua wanita asing yang didakwa membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin pada 28 Julai ini.

    Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad memberitahu demikian ketika ditemui selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohamad Nasrudin Mohamed di Kompleks Penjara Kajang dekat sini.

    Pada prosiding tersebut, warga Vietnam, Duon Thi Huong dan warga Indonesia, Siti Aisyah turut hadir bersama wakil daripada kedutaan masing-masing.

    Sebanyak 44 set dokumen turut diserahkan kepada barisan pembelaan termasuk laporan bedah siasat yang mengesahkan kematian abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-unadalah disebabkan ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate’ atau agen saraf VX. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Bunuh Jong-Nam Disebut Di Hadapan Hakim 28 Julai "