• Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+


    Sarikei : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM4 bilion bagi membina jambatan-jambatan yang akan menghubungkan jalan raya di kawasan pesisir Sarawak dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, antara jambatan tersebut ialah Jambatan Batang Sadong (sudah pun siap), Jambatan Batang Samarahan (hampir siap), Jambatan Rambongan (akan diluluskan) serta Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Igan (dalam proses reka bentuk).

    Selain itu, terdapat enam hingga tujuh lagi jambatan kritikal untuk menghubungkan semua jalan-jalan pesisir di Sarawak, katanya.

    Bagaimanapun menurut beliau, pelaksanaan projek-projek terbabit akan dibuat mengikut keutamaan dan kemampuan kewangan kerajaan.

    Di samping membina Lebuh Raya Pan Borneo, Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan pesisir supaya dapat dihubungi rangkaian jalan raya seterusnya meningkatkan sosio ekonomi rakyat," katanya.

    Beliau berucap pada majlis penyerahan tapak projek naiktaraf Jalan Kampung Seberang, Sarikei yang menelan kos RM48.36 juta kepada pihak kontraktor D.A.L Realty Sdn Bhd.

    Turut hadir Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh dan Anggota Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman.

    Beliau berkata Sarawak katanya mengemukakan kepada kementerian beliau untuk membina 19 lagi jambatan di negeri itu yang dijangka menelan belanja RM5 bilion.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM4 Bilion Bina Jambatan Di Pesisir Sarawak "