• Keputusan Cukai Pelancongan Di Sarawak Khamis Ini

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    MIRI: Pengumuman keputusan rasmi kerajaan negeri Sarawak berhubung isu Cukai Pelancongan akan dibuat pada mesyuarat Kabinet negeri Khamis ini oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan Berita Harian Online, beliau berkata, keputusan berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat kabinet sebelum diumumkan.

    "Saya akan beritahu keputusan ini pada mesyuarat Kabinet Khamis ini. Sabar dan tunggu hingga saya umumkan," katanya kepada media ketika melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh.

    Ketua Menteri sebelum ini telah pun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya bagi membincangkan isu ini termasuk isu perselisihan pendapat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, datuk seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah.

    Semasa lawatan berlangsung, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM300,000 untuk projek naik taraf kemudahan yang terdapat di kompleks tersebut. -  Sarawakiana
  • No Comment to " Keputusan Cukai Pelancongan Di Sarawak Khamis Ini "