• Kepala Kanak-kanak Tersepit Dalam Lubang Katil Urut

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Ipoh : Kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit di dalam lubang katil urut di Jalan Temenggong, Taman Ros di sini hari ini.

    Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.17 pagi.

    Katanya, anggota bomba menggunakan gunting dan pisau bagi memotong kulit jenis PVC dan span di sekeliling lubang katil urut untuk mengeluarkan kepala mangsa.

    “Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kepala Kanak-kanak Tersepit Dalam Lubang Katil Urut "