• Kementerian Kesihatan, MARA Kerjasama Negaraku

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Inisiatif Negaraku yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara hari ini, menerima suntikan baharu melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra di sini.

    Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Inisiatif Negaraku, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Melalui kerjasama ini, Kementerian Kesihatan dan MARA akan memaparkan logo Negaraku pada kenderaan dan pemakaian logo pada uniform kakitangan.

    Kementerian Kesihatan akan memaparkan pelekat Negaraku pada kenderaan seperti ambulans dan klinik bergerak, selain pemberian logo secara berperingkat kepada anggota kesihatan beruniform serta penggunaan hashtag #SihatNegaraku pada tahun ini.

    Sementara itu, MARA akan memaparkan logo di 51 bas ekspres miliknya, 237 bas luar bandar dan 1,700 kenderaan rasmi, selain di premis dan institusi di bawahnya.

    Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melekatkan logo Negaraku pada bas milik Kementerian Kesihatan dan MARA sebagai simbolik permulaan kerjasama berkenaan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kementerian Kesihatan, MARA Kerjasama Negaraku "