• Kelayakan Piala Asia: Lubnan Kalahkan Malaysia 2-1

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU – Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Lubnan 1-2 pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Kumpulan B di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi.

    Harimau Malaya menyumbat gol awal permainan pada minit ke-42 melalui tendangan Mahali Jasuli selepas bola terlepas daripada genggaman penjaga gol Lubnan Mehdi Kahlil apabila cuba menyelamatkan gawangnya daripada sepakan Mohd Syazwan Zainon.

    Bagaimanapun, Lubnan menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi tendangan yang mengelirukan di sebelah kiri gawang oleh pemain tengahnya Rabih Ataya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Mohd Khalid.

    Ataya menjaringkan gol kemenangan buat Lubnan pada masa kecederaan di babak kedua menerusi tendangan leret dan sekali gus mematahkan harapan skuad Harimau Malaya untuk bangkit menyamakan kedudukan.

    Dengan kemenangan malam ini, Lubnan menjadikan pendahulu Kumpulan B dengan mengutip enam mata. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kelayakan Piala Asia: Lubnan Kalahkan Malaysia 2-1 "