• Kedatangan Aidilfitri Bertukar Suram

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    KUCHING: Kedatangan Aidilfitri kurang dua minggu lagi bertukar suram apabila rumah enam keluarga musnah dalam kebakaran pagi semalam di Kampung Bintawa Hilir.

    Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, rumah kediaman milik enam keluarga terbabit musnah dijilat api dalam sekelip mata.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.15 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kami mendapati beberapa buah rumah telah musnah sama sekali ekoran laporan mengenai insiden kebakaran lambat diterima.

    “Pihak kami juga turut berusaha memadamkan kebakaran dari merebak ke rumah lain kerana jarak kedudukan rumah dikawasan terbabit hanya lebih kurang 10 kaki namun keadaan berangin telah menyebabkan api merebak dengan begitu pantas.”katanya.

    Sehingga berita ini ditulis, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kedatangan Aidilfitri Bertukar Suram "