• KDN Tidak Berhak Tentukan Isu Kewarganegaraan ADUN Sarawak

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+
    KUCHING: Campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pertikaian status kewarganegaraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dari DAP disifatkan sebagai mengkhianati hak Sarawak.

    Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan langkah untuk merujuk perkara berkaitan status kewarganegaraan tersebut ke KDN.

    Menurutnya, KDN tidak sepatutnya dibenarkan menentukan kelayakan ADUN Sarawak, kerana langkah itu akan mengkhianat hak Sarawak, lapor The Borneo Post.

    Chong berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing.

    Masing pada Sabtu, dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri akan menyerahkan isu pertikaian kerakyatan itu kepada KDN.

    Chong, bagaimana pun menasihatkan Masing dan kerajaan negeri agar tidak meneruskan langkah tersebut kerana ianya dikhuatiri akan mengkhianati hak Sarawak.

    "Apabila kerajaan persekutuan mengganggu kelayakan pemilihan ADUN negeri, akan ada pengaruh yang sama ke atas kabinet negeri," katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " KDN Tidak Berhak Tentukan Isu Kewarganegaraan ADUN Sarawak "