• Kastam KLIA Rampas 999Kg Tembakau Shisha

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+


    SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 999 kilogram (kg) ‘smoking tobacco’ atau tembakau shisha bernilai RM215,784 di gudang kargo udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA Sabtu lepas.

    Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan pematuhan) KLIA Abdull Wahid Sulong memberitahu sidang media di sini hari ini, tembakau itu dibungkus dalam 37 kotak yang melibatkan cukai sebanyak RM109,458.83 tiba melalui penerbangan Oman Air dari Dubai ke Kuala Lumpur.

    Menurut Abdull Wahid, pengimportan tembakau shisha memerlukan lesen import di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kastam 1977 dan sehingga kini siasatan menunjukkan tiada permit dikemukakan untuk dagangan tersebut.

    “Siasatan awal menunjukkan bahawa smoking tobacco itu diikrar sebagai ‘molasses flavour’ dan alamat digunakan di Klang adalah palsu,” katanya.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    “Ini merupakan rampasan kelapan melibatkan smoking tobacco bagi tahun ini. Jumlah keseluruhan rampasan smoking tobacco setakat ini ialah 9,000kg dengan nilai keseluruhan RM500,00 dan cukai RM700,00,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kastam KLIA Rampas 999Kg Tembakau Shisha "