• Kastam Batal GST Ke Atas 60 Item Makanan

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+
    KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membatalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

    Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy berkata JKDM telah merujuk perkara tersebut dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.

    “Justeru itu, JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Terdahulu, Media tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini.

    Pihak media telah merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

    "Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus," katanya – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kastam Batal GST Ke Atas 60 Item Makanan "