• Kamera AES tidak dipasang di Miri – Liow

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah menafikan dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan tiga kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dipasang di tiga lokasi berbeza di Miri, Sarawak, tahun ini.

    Menurut laporan Bernama, Liow berkata, hanya tujuh lokasi baharu telah dipilih sebagai lokasi bagi AES.

    “Laporan terbabit menyatakan sebanyak 831 unit kamera telah dipasang di seluruh negara, termasuk 18 unit di Sarawak, namun itu adalah tidak benar,” ujarnya sambil menambah tiada angka yang spesifik untuk kamera itu akan dipasang.

    Menteri tersebut turut menafikan laporan akhbar berkenaan yang menyatakan AWAS mengambil alih seluruh penguatkuasaan kesalahan trafik dari polis. Sebaliknya berkata, kedua-dua sistem Kejara dan AWAS diletakkan di bawah penyeliaan polis. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Kamera AES tidak dipasang di Miri – Liow "