• Jet F-35 AS Dilarang Terbang Akibat Isu Bekalan Oksigen

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melarang puluhan jet pejuang 'stealth' F-35 daripada beroperasi susulan isu bekalan oksigen dalam pesawat.

    "Pasukan Ke-56 yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Luke di Arizona akan terus menangguhkan sesi penerbangan menggunakan pesawat F-35A bagi memudahkan proses analisa dan komunikasi antara juruterbang, penyenggaraan, pasukan perubatan, tentera dan pakar industri, " kata jurucakap tentera udara, Mejar Rebecca Heyse dalam kenyataan.

    Larangan terbang membabitkan jet pejuang F-35 itu berkuat kuasa pada Jumaat lalu, susulan lima insiden sejak 2 Mei lalu apabila juruterbang mengalami gejala seperti hipoksia.

    Ketika ini, pasukan itu mempunyai 55 pesawat F-35A yang digunakan untuk melatih juruterbang dari AS dan lain-lain negara yang membeli jet berkenaan.

    Jet F-35 dihasilkan dalam tiga versi, iaitu model A untuk kegunaan tentera udara.

    Versi yang direka bentuk untuk kegunaan tentera darat berupaya mendarat secara menegak, manakala versi ketiga untuk tentera laut, mampu membuat pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jet F-35 AS Dilarang Terbang Akibat Isu Bekalan Oksigen "