• Penerbangan Percuma Seumur Hidup Kepada Bayi Lahir Dalam Pesawat

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    SEORANG bayi yang dilahirkan di atas pesawat Jet Airways telah dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup bersama syarikat penerbangan itu.

    Bayi berkenaan dilahirkan tidak cukup bulan ketika ibunya dalam penerbangan dari Dammam, Arab Saudi ke Kochi, India, pada Ahad.

    Kelahiran bayi lelaki itu disambut oleh seorang jururawat yang secara kebetulan merupakan penumpang pesawat, dibantu krew penerbangan.

    Media tempatan melaporkan, kelahiran mengejut itu memaksa pesawat mendarat di Mumbai untuk membolehkan ibu dan bayi diberi rawatan.

    Kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan sihat.

    April lalu, syarikat penerbangan Turkish Airlines turut memberikan hadiah yang sama kepada bayi perempuan yang dilahirkan dalam satu penerbangan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Penerbangan Percuma Seumur Hidup Kepada Bayi Lahir Dalam Pesawat "