• Jejantas Tumbang Dilanggar Treler

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    KLANG: Sebuah jejantas di Batu 8, Jalan Meru, di sini, tumbang selepas ditempuh treler menyebabkan satu daripada tiangnya patah.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, jejantas yang terletak di hadapan sebuah pasar raya itu tumbang sekitar jam 7.30 malam tadi.

    Kejadian itu menyebabkan paip yang berada berdekatan jejantas itu pecah akibat ditimpa binaan berkenaan, dan air melimpah di atas jalan raya.

    "Kemalangan berlaku apabila lori treler yang datang dari arah Puncak Alam menghala ke Meru dipercayai melanggar salah satu tiang jejantas.

    "Akibat kemalangan tiang jejantas roboh dan menimpa paip air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), menyebabkannya pecah.

    "Siasatan awal mendapati kenderaan berat yang terbabit dalam kejadian itu sudah tiada di tempat kejadian, dipercayai dialihkan selain tiada kemalangan jiwa berlaku.

    "Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan," katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Jejantas Tumbang Dilanggar Treler "