• Jangan Hanya Menunding Jari

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+


    KUCHING: Bekas Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tupong, Nurhanim Hanna Mokhsen diminta tidak menuding jari berhubung status yang dimuatnaiknya dalam Facebook melibatkan masalah perparitan berterusan di Kampung Pinang Jawa.

    Berdasarkan komen Eddy Yusuf, beliau berkata Nurhanim tidak sepatutnya menunding jari kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, sebaliknya bersama-sama memberi bantuan untuk mnyelesaikan masalah tersebut.

    “Daripada anda menunding jari kepada wakil rakyat tersebut, sebaiknya anda sebagai pihak yang juga berkepentingan di kawasan tersebut cari jalan dan berusaha menyelesaikan masalah ini.

    “Tunjukkan pada rakyat kawasan anda jika anda benar-benar perihatin terhadap keadaan mereka terutama kawasan kampung.

    “Inilah peluang untuk anda meraih kepercayaan pengundi bahawa anda lebih perihatin daripada wakil rakyat di kawasan tersebut,” ujarnya.

    Tambahnya, tindakan yang menunjukan kekurangan wakil rakyat tersebut hanya sekadar membuang masa kerana bila tiba Pilihan Raya kelak, semua keperluan rakyat akan di sediakan oleh wakil rakyat di kawasan tersebut.

    “Ini yang membezakan diantara anda dan wakil rakyat tersebut,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Hanya Menunding Jari "