• Isu Kempen Trump: 3 Wartawan CNN Letak Jawatan

    Published: Tuesday, 27 June 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Seramai tiga wartawan CNN meletakkan jawatan, susulan laporan mengenai pembabitan Russia dalam kempen Presiden Donald Trump yang disiarkan Khamis lalu.

    Peletakan jawatan itu disahkan oleh jurucakap CNN, semalam. Tiga wartawan terbabit adalah penulis berita itu, Thomas Frank; Ketua Unit Siasatan CNN, Eric Lichtblau dan Lex Haris, yang bertanggungjawab memantau operasi unit berkenaan.

    Menurut artikel berkenaan, pihak Kongres sedang menyiasat kaitan dana pelaburan Russia dengan seorang pembantu Trump.

    CNN melaporkan, siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihak pengurusan mendapati beberapa proses editorial tidak dipatuhi ketika artikel itu diterbitkan. 

    Berikutan itu, CNN bertindak menarik balik laporan itu daripada laman web miliknya pada malam Jumaat lalu, selepas siasatan dijalankan.

    Laporan berita itu kemudiannya digantikan dengan permohonan maaf oleh pengarang kepada pembantu Trump, Anthony Scaramucci, yang dikatakan disiasat mengikut laporan itu. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Isu Kempen Trump: 3 Wartawan CNN Letak Jawatan "