• Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+

    TEL AVIV: Israel akan menggunakan segala kekuatan sedari awal dalam sebarang perang dengan pergerakan Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan, kata panglima tentera udara Israel semalam.

    Kenyataan itu dilihat sebagai amaran keras rejim Zionis itu, sedekad selepas konflik terakhir kedua-dua pihak.

    Pada sidang kemuncak keselamatan tahunan Herzliya berhampiran Tel Aviv, Mejar Jeneral Amir Eshel, berkata pembaikan kualiti dan kuantiti dalam tentera udara sejak perang Lubnan pada 2006 bermakna kempen pengeboman selama 34 hari dalam perang terdahulu kini boleh dilakukan dalam masa dua atau tiga hari sahaja.

    "Jika perang tercetus di utara, kami perlu menggunakan semua kekuatan sejak awal," katanya, merujuk kepada kemungkinan tekanan antarabangsa yang mendesak gencatan senjata segera sebelum Israel boleh mencapai semua matlamat strategik.

    Ahli politik Israel dan pegawai tentera bercakap mengenai hasrat menyerang Lubnan jika perang meletus, dalam usaha menghalang Hizbullah.

    Eshel berkata, 2014 adalah satu lagi konflik yang menyaksikan Israel menyerang 15 kali lebih dahsyat bagi Lubnan berbanding 2006.

    Namun pada persidangan itu, Eshel mengaku banyak elemen yang sibuk mencapai matlamat mereka dalam perang di Syria berminat untuk menghalang sengketa baru di Lubnan.

    Sejak awal dalam perang selama enam tahun di Syria, tenaga Hizbullah ditumpukan kepada membantu Presiden Bashar al-Assad, menghantar ribuan anggotanya untuk memerangi pembangkang di negara itu.

    Namun ia tidak mengubah pendirian melihat Israel sebagai musuh utama. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Israel boleh tumpaskan Hizbullah dalam 3 hari "