• Isa Rela Hati Lepas Jawatan Pengerusi FGV - PM

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan rela hati, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan Isa dalam pertemuan dengannya di Bangunan Perdana Putra di sini pagi tadi yang turut disertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

    "Isa rela hati lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, tempatnya akan diganti Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV yang baharu berkuat kuasa serta merta.

    "Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di sini, hari ini.

    Selain itu Najib berkata, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku terhadap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain sebelum ini.

    "Lembaga Pengarah FGV juga akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV lebih kukuh pada masa depan," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Isa Rela Hati Lepas Jawatan Pengerusi FGV - PM "