• Indonesia Rampas Tenggiling Bernilai RM809,000

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    MEDAN: Pihak berkuasa Indonesia merampas ratusan tenggiling yang diancam kepupusan bernilai AS$190,000 (RM809,000) selepas menyerbu sebuah gudang di sini.

    Dalam serbuan oleh pegawai tentera laut, dua lelaki turut ditahan di gudang itu yang digunakan untuk menyimpan tenggiling berkenaan.

    Pihak berkuasa menemui 233 tenggiling, 24 daripadanya sudah mati dan dibekukan selain sembilan beg besar sisiknya, kata jurucakap tentera laut, Sahala Sinaga.

    Beliau berkata, tenggiling berkenaan dipercayai untuk dihantar ke Malaysia.

    Sinaga berkata, lelaki yang ditahan, kedua-duanya berusia 43 tahun, disyaki orang bawahan dalam sindiket penyeludupan haiwan eksotik itu.

    Mereka berhadapan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda 100 juta rupiah (RM32,087) jika disabitkan bersalah melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Rampas Tenggiling Bernilai RM809,000 "