• Iftar Beracun, 2 Meninggal Dunia & Ratusan Keracunan Makanan

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    ERBIL: Seorang wanita dan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas beratus-ratus orang keracunan makanan di sebuah kem pelarian di Mosul, bandar di timur Iraq, kelmarin.

    Lebih 300 orang dimasukkan ke hospital selepas berbuka puasa, kata petugas bantuan, semalam.

    Ramai yang mula muntah dan ada yang pengsan selepas makan nasi dengan lauk ayam, yogurt dan sup, kata anggota Parlimen yang juga ahli jawatankuasa mengenai pelarian, Zahed Khatoun.

    “Sungguh tragik kerana ia berlaku pada mereka yang sudah terlalu banyak menderita,” kata Andrej Mahecic dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang menguruskan kem berkenaan dan 12 yang lain di kawasan yang dilanda peperangan, bersama dengan pihak berkuasa Iraq.

    Sebahagian besar penduduk melarikan diri dari pertempuran di sekitar Mosul selepas tentera Iraq dan sekutu mereka melancarkan serangan untuk menawan semula bandar berkenaan daripada Daish.

    Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata, satu kumpulan bantuan Qatar mengupah sebuah restoran tempatan untuk membekalkan makanan itu.

    “Saya tidak tahu nama restoran berkenaan. Kami dimaklumkan 312 orang dimasukkan ke hospital, seorang kanak-kanak dan seorang wanita meninggal dunia,” kata jurucakap IOM, Joel Millman.

    Kem pelarian itu terletak di al-Khazer di jalan raya yang menghubungkan Mosul dan Erbil, ibu negeri wilayah Kurdis.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Iftar Beracun, 2 Meninggal Dunia & Ratusan Keracunan Makanan "