• Idris Jala Sudah Siapkan Laporan Berkaitan FGV

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Datuk Seri Idris Jala, sebagai pihak bebas yang dilantik untuk menangani kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah menyiapkan laporannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata laporan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

    Najib berkata beliau turut meminta Idris melihat beberapa langkah dan pilihan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

    “(Kita) tengah teliti segala fakta dan apa keputusan yang sebaiknya berdasarkan tiga prinsip saya sebut – mengikut akta syarikat, tadbir urus yang baik dan proses yang adil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2017 di sini hari ini.

    Idris dilantik sebagai pihak tidak berkepentingan untuk mengemukakan bukti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian berhubung keputusan FGV yang mengarahkan Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha dan dua pengarah kanannya bercuti

    Pelantikan Idris turut dipersetujui pihak terlibat iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Idris Jala Sudah Siapkan Laporan Berkaitan FGV "