• Hyundai Motor India Didenda US$13.5 Juta

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    NEW DELHI – Suruhanjaya Persaingan India (CCI) mengenakan denda 870 juta rupee (US$13.55 juta) ke atas Hyundai Motor India Ltd (HMIL) atas amalan perniagaan tidak adil yang didakwa dilakukan oleh syarikat berkenaan.

    Suruhanjaya itu mendakwa unit tempatan pembuat kereta Korea Selatan itu terlibat dalam ‘amalan anti-persaingan’ dengan menetapkan aturan ke atas peniaganya, yang termasuk mematuhi tahap diskaun maksimum yang dibenarkan.

    HMIL juga menetapkan peniaganya mencadangkan minyak dan pelincir yang perlu digunakan, kata CCI dalam perintah yang dikeluarkan pada Rabu.

    CCI berkata penalti itu dikenakan pada tahap 0.3 peratus daripada purata perolehan HMIL bagi tempoh tiga tahun sebelumnya.

    Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, HMIL berkata syarikat berkenaan akan mencabar keputusan berkenaan.

    “Kami sedang mengkaji secara terperinci keputusan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencabar keputusan berkenaan untuk melindungi kepentingan pelanggan dan saluran rakan niaga yang berkaitan, dalam mematuhi undang-undang tempatan,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Hyundai Motor India Didenda US$13.5 Juta "