• Hubungan Cinta Kaka Azraff, Rody Kristal Putus

    Published: Saturday, 17 June 2017
    A- A+


    SELEPAS berakhirnya program Duo Star, memang ada desas-desus menyatakan penyanyi Kaka Azraff dan Rody Kristal menjalinkan hubungan cinta.

    Perkara itu turut disahkan oleh Rody yang mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

    Malah, pasangan ini juga dikatakan pernah dilihat peminat berdating di Genting Highland bersama.

    Bagaimanapun, hubungan itu nampaknya putus di tengah jalan.

    Menurut satu sumber kepada Media Hiburan, mereka sudah lama tidak berhubungan antara satu sama lain.

    Malah, Kaka juga dikatakan tidak menghantar Rody ketika mengerjakan umrah pada bulan Mac lalu di sebuah lapangan terbang.

    Sementara itu, Rody yang dihubungi mengesahkan berita itu namun enggan mengulas lanjut.

    Katanya, dia reda dengan perkara itu dan hubungannya dengan Kaka masih berjalan dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Hubungan Cinta Kaka Azraff, Rody Kristal Putus "