• Hembus Nafas Terakhir Ketika Sujud

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    Jakarta: Hasrat seorang lelaki untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika sedang solat Isyak di Masjid Al-Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan kelmarin.

    Satu rakaman kamera keselamatan di masjid itu menunjukkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Izhar sedang bersolat bersama jemaah lain.

    Dalam rakaman berkenaan yang kini tular di media sosial, Izhar dilihat sujud tetapi tidak bangun-bangun hinggalah semua jemaah lain selesai solat.

    Pengurus masjid, Ruftan berkata, beberapa jemaah membantu Izhar yang dilihat tidak sedarkan diri dan terus membawa lelaki itu ke hospital.

    “Apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya yang dipetik Detik.com.

    Menurutnya, Izhar bersama keluarganya merancang menunaikan umrah dan sepatutnya berlepas ke Tanah Suci semalam.

    “Izhar berasal dari Bandung dan dia datang ke Tebet untuk berkumpul di rumah saudaranya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

    “Bagaimanapun, malangnya hasrat lelaki itu tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu meninggal dunia,” jelasnya.

    Menurutnya, jenazah Izhar dimandikan dan disolatkan di masjid itu sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Jeruk Purut semalam. - Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Hembus Nafas Terakhir Ketika Sujud "