• Hawk 108: Hishammuddin Ucap Takziah

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 semalam. 

    "Innalillahiwainnailayhirajiun. Sedih terima berita kematian 2 juruterbang yang terlibat nahas #Hawk108 pagi tadi. 

    "Takziah buat keluarga Allahyarham Mejar Hasri & Allahyarham Mejar Yazmi. Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah #Hawk108," katanya dalam akaun twitter rasminya, sebentar tadi. 

    Hishamuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan TUDM menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas terbabit. 

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dua juruterbang pesawat Hawk 108 TUDM dilaporkan hilang selepas berlepas meninggalkan Pangkalan Udara Kuantan. 

    Mayat mangsa, Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, Kemaman, Terengganu. 

    Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Hawk 108: Hishammuddin Ucap Takziah "