• Hawk 108: Hishammuddin Arah Siasatan Terperinci

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci kejadian pesawat pejuang jenis Hawk 108 terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya.

    Hishammuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.

    Pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang Khamis.

    Jasad kedua-dua juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemukan pada 2.30 petang, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

    "Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108," kata Hishammuddin menerusi Twitternya.

    "Semoga kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihan #Hawk108," katanya.-Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Hawk 108: Hishammuddin Arah Siasatan Terperinci "