• Harga minyak terus jatuh

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    NEW YORK: Harga minyak ditutup rendah dua peratus selepas mencecah paras terendah dalam tempoh 10 bulan dalam dagangan tidak menentu.

    Ia berikutan peningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) dan pengurangan aktiviti penapisan di China yang mencetuskan kebimbangan berterusan mengenai lebihan minyak mentah global.

    Kontrak hadapan AS ditutup pada AS$42.53, susut 98 cents atau 2.3 peratus selepas mencecah paras serendah AS$42.13, yang terendah sejak Ogos 2016.

    Sejak dilihat kembali pulih pada Februari lalu, minyak mentah mula susut lebih 20 peratus dan hanya rali sebentar.

    Lebih daripada satu juta kontrak hadapan minyak mentah bertukar tangan semalam, jauh melebihi purata harian 560,000 kontrak.

    Minyak mentah Brent ditutup rendah AS$1.20 atau 2.61 peratus pada AS$44.82 setong.

    Penganalisis pasaran di CHS Hedging LLC, Anthony Headrick, berkata pasaran mahu melihat bukti bahawa langkah pengurangan pengeluaran oleh OPEC boleh mengubah baki inventori, tetapi keadaan itu belum terjadi.

    Harga minyak meningkat pada hujung tahun 2016 dan awal 2017 selepas perjanjian OPEC dipersetujui tetapi angka inventori yang terus meningkat selama berminggu-minggu telah mengalihkan sentimen dalam kalangan peniaga.

    Harga minyak mentah susut hingga 20 peratus dalam separuh pertama tahun ini, tempoh masa yang mana harga sepatutnya meningkat.

    Ia adalah kejatuhan separuh pertama terbesar bagi Brent sejak tahun 1997.

    Sementara itu, eksport minyak mentah Nigeria juga dijangka melepasi dua juta tong sehari pada Ogos depan, yang tertinggi dalam tempoh 17 bulan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak terus jatuh "