• Harga Minyak Susut, AS$46.93 Setong

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak menyusut menghampiri paras terendah dalam tempoh tujuh bulan pada awal dagangan hari ini selepas terkesan akibat inventori global yang tinggi dan keraguan terhadap keupayaan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk melaksanakan pengurangan bekalan.

    Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 7 cent atau 0.2 peratus kepada AS$46.93 setong pada 0053 GMT, selepas kejatuhan hampir empat peratus pada sesi sebelumnya. Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) turun 12 cent atau 0.3 peratus pada AS$44.61 setong.

    Penanda aras niaga hadapan minyak mentah berlegar pada paras terendah sejak akhir November tahun lalu apabila pemotongan pengeluaran diketuai oleh OPEC mula diumumkan.

    Brent dan WTI yang turun lebih 12 peratus sejak negara anggota menandatangani perjanjian pada 25 Mei, apabila perjanjian untuk mengurangkan bekalan dilanjutkan ke akhir suku pertama tahun depan, bukannya tamat bulan ini seperti yang dirancang pada awalnya.

    "Eksport OPEC pada 2017 hingga ke harinini turun sebanyak 0.3 juta tong sehari (bpd) daripada asas Oktober 2016," kata penganalisis di AB Bernstein dalam nota kepada pelanggan.

    Ikrar OPEC adalah untuk mengurangkan kira-kira 1.2 juta tong sehari, manakala pengeluar lain termasuk Russia akan mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Susut, AS$46.93 Setong "