• Harga Minyak Dunia Catat Peningkatan Kecil

    Published: Friday, 23 June 2017
    A- A+


    NEW YORK: Harga minyak dunia mencatat peningkatan kecil daripada paras terendah dalam tempoh 10 bulan, bagaimanapun peningkatan itu tidak memberikan impak yang begitu besar kepada pasaran ekuiti global.

    Pasaran saham di Paris dan Frankfurt meningkat sedikit manakala London dan Wall Street ditutup rendah.

    Penganalisis pasaran di CMC Markets, David Madden berkata ketidaktentuan dalam pasaran tenaga mempengaruhi sentimen pelabur.

    "Harga minyak mengalami penurunan besar sejak Mac lalu dan peniaga bimbang ia akan menjejaskan inflasi dan prospek pertumbuhan," katanya.

    Harga minyak yang rendah menjadi perkara yang disenangi oleh pengguna dan secara umumnya menyokong pertumbuhan ekonomi.

    Bagaimanapun, inflasi yang rendah boleh menyebabkan berlakunya deflasi atau tempoh kejatuhan harga yang berpanjangan dan menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian kerana berharap kos barangan akan menjadi lebih rendah.

    "Memandangkan harga minyak kekal rendah, ia akan memberi kesan terhadap keyakinan pelabur," kata Madden lagi.

    Harga minyak mentah Brent ditutup naik 40 cents kepada AS$45.22 setong dalam dagangan semalam, manakala minyak West Texas Intermediate Amerika Syarikat (AS) naik 21 cents kepada AS$42.74 setong. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Dunia Catat Peningkatan Kecil "