• Harga Minyak AS$48.42 Setong

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia hari ini.

    Ia dipacu kenyataan bahawa pemimpin OPEC, Arab Saudi membuat pemotongan bekalan berskala besar kepada pelanggannya, walaupun pengeluaran Amerika Syarikat (AS) terus meningkat yang bermakna pasaran masih mendapat bekalan yang mencukupi.

    Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$48.42 setong, naik 13 cent atau 0.3 peratus daripada penutup terakhirnya.

    Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$46.21 setong, juga naik 13 cent atau 0.3 peratus.

    Arab Saudi, pengeksport utama dunia menerajui usaha Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari (bpd) sehingga akhir suku pertama 2018 bagi melonjakkan harganya.

    Negara lain termasuk pengeluar utama, Russia juga menyertai usaha itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak AS$48.42 Setong "